JOHOR BAHRU: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru dan kerajaan negeri bercadang menubuhkan satu pasukan petugas (task force) bagi meneroka peluang kerjasama termasuk dalam ekonomi dan pelaburan di antara kedua-dua pihak.
Konsul Jeneralnya Sigit S Widiyanto berkata idea penubuhan pasukan petugas itu adalah hasil pertemuan beliau dengan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, baru-baru ini.
Beliau berkata menerusi pasukan petugas itu, potensi pelaburan dalam pelbagai sektor akan dapat dikenal pasti di antara Indonesia dan Johor.
"Sebelum ini tiada kerjasama khas sebegini antara KJRI Johor Bahru dengan negeri ini sedangkan kedua-duanya mempunyai potensi besar termasuk memudahkan kemasukan pelabur yang berminat.
"Ketika ini kita sedang mengkaji sektor-sektor ekonomi yang boleh dilibatkan dan Insya-Allah, bulan depan akan ada pertemuan rasmi antara KJRI, Menteri Besar selain beberapa Exco Johor bagi membincangkan lebih lanjut bidang kerjasama yang akan dilakukan nanti," katanya.
Sigit berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Media Johor di pejabat KJRI Johor Bahru, di sini semalam.
Turut hadir Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak.
Selain dari itu, Sigit berkata Indonesia juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk melabur di Ibu Kota Negara Nusantara di Kalimantan Timur, yang sedang dibangunkan sejak tahun lepas dan hanya akan selesai pada 2045.
"Banyak bidang kerjasama boleh dirintis di Nusantara termasuk bidang infrastruktur, perumahan, pendidikan, kesihatan dan komersial.
"KJRI juga bercadang untuk mengadakan sesi khas bersama pelabur negeri ini yang berminat untuk bekerjasama membangunkan Nusantara dalam masa terdekat, malah kita juga akan membawa pelabur Indonesia yang berminat melabur di negara ini dan di Johor bagi merapatkan lagi hubungan sedia ada," kata Sigit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023
Sigit (tengah) bergambar bersama ahli Kelab Media Johor pada majlis Silaturahim Gathering Media Johor bersama KJRI di KJRI Johor Bahru, 24 Jan 2023. Hadir sama, Muhammad Fauzi (tujuh, kiri). --fotoBERNAMA
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.